Resepi Pavlova.
Bahan-bahan
:
4 biji
putih telur
1 cawan
gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu
teh esen vanilla
1 sudu
teh cuka masakan
1/2 sudu
besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan
(240 ml ) whipping cream
1 1/2
sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu
teh esen vanilla
Tip
sebelum membakar:
1-
Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih
dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur
putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti
sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila
nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa
telur masih sejuk.
2- Periksa
peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la
kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak
bertanduk langsung." heh.
Cara-cara
:
1- Pukul
putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada
stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga
adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?
2- Kemudian,
dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar
adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi
berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum
hancur.
3- Teruskan
memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.
Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus
punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau
tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
4- Masukkan
esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda
meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang
tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau
tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan
tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan
senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
6-
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan
tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp.
Dah jadi bulat.
7- Bentukkan
meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih
tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat.
Saya buat cara saya sendiri. :)
Masa
membakar :
1- Panaskan
oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di
tengah bahagian oven.
2- Masukkan
adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1
jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas,
luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena
juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam?
:)
Masak
sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di
luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan
keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara
menghias :
1- Pukul
whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja.
Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul
whipping cream.
2- Bila
whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat
sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak
masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan
whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila
nak deco baru keluarkan.
Bila rasa
nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap
dipotong. Kalau
hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.
No comments:
Post a Comment