Resepi Red Velvet Cake
Bahan A -
Untuk diayak bersama.
250 gram
tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp
baking powder
1/2 tsp
garam
2 tsp
cocoa powder
Bahan B
-campur dan kacau sebati.
240 ml
buttermilk
2 tbsp
pewarna merah
Pilihan
kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan
240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit
sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram
butter
300 gram
gula kastor
2 biji
telur gred A
1 tsp
esen vanilla
Bahan D -
1 tsp
cuka masakan
1 tsp
baking soda
Topping -
Cream Cheese Frosting.
227 gram
cream cheese Philadelphia
227 gram
mascarpone
1 tsp
esen vanilla
1 cawan
gula ising
360 ml
whipped cream
Jom buat
kek.
Pertama...
baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat
jadi sedap.
Pukul
butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu
bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter
dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau
dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
Seterusnya.
Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak
terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul
lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~
Sebelum
masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Bukan apa.
Katalah kulit telur tu TERjatuh dalam adunan. Kena pulak mak mertua depan mata
nampak. Kang tak pasal-pasal kena leter sedas. Kalau mak mertua tak kisah tak
apa. Contohlah kan. Esok-esok saya bagi contoh mak sendiri pulak. Err.. rasanya
mak sendiri tak kisah kot. Kan mak..?
Masukkan
telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit.
Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
Bila
memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti
bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan
spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.
Masukkan
esen vanilla. Pukul selama seminit.
Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan
main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.
Masukkan
bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri
dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
Dalam
bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga
buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir.
Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan
ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci
pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti
anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.
Masak
selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu
175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya
boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa
(pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka
menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.
Selepas
menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana
terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.
Disebabkan
saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah
keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan
tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut.
Dah tu,
saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.
Cara-cara
membuat Topping Cream Cheese.
Sebaiknya
dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul
nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream
cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu.
Pukul
cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5
minit.
Kemudian
tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.
Akhir
sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan
kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
Sekiranya
adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan
kerja-kerja menghias.
Sumpah
tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali
saya mencuba sampai tak boleh berhenti.
Cara-cara
menghias Topping Cream Cheese.
Sekiranya
korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. Saya tak
berani nak potong. Takut pecah. Siapa yang nangis nanti?
Jadi kek
saya ada dua lapis sahaja.
Ini
kaedah dua lapisan.
Letakkan
lapisan di atas menghadap ke bawah. Ada paham ka? Jadi nanti dia akan terpenyek
rata juga.
Sapukan
cream cheese mengikut citarasa anda. Saya sapu sikit ja. Tak tebal. Takut
konon. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap.
Letakkan
lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian
atas rata tidak membumbung.
Dalam kes
saya terbalik. Saya letak bahagian bawah di bawah kerana kesilapan teknikal
(tak sabar sebenarnya) kek saya terpecah bila saya nak tanggalkan kertas minyak.
Sila
tuang kesabaran yang tinggi bila mula menghias bahagian atas. Terutamanya orang
seperti saya yang baru pertama kali nak buat. Keras tangan sungguh. Dah la
takda spatula panjang. Jangan tanyalah alas kek yang boleh pusing-pusing tu.
Memang takda. Idea baik punya pun datang. TING..! Guna pisau panjang la
jawabnya. HaHa.
Masa ni
la saya tabik spring toing.. toing.. pada mereka yang pakar menghias kek.
Sebagaimana cantik mata memandang begitu jugalah lembut tangan mereka
menari-nari bermain dengan spatula.
Dah siap
semua. Terus masukkan dalam peti ais. Tak sabar dah ni nak tunggu hasil esok.
Keesokkan
paginya. Naik pejabat terus buka peti. Tak sabar nak potong. Ambil gambar dan
makan.
Berdebar
ni... Apalah rasa kek baldu merah ni.. Dup.. Dap.. Dup.. Daaappp..!
Dengan
segala hormatnya dipersembahkan....
Red Velvet Cake atau Si Baldu Merah.
No comments:
Post a Comment